BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 13 Oktober 2009

MINGGU 10

PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

Syarahan

- Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup

- Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.

- Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi
sampingan.

- Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan
untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan

- Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk
menghasilkan sesuatu syarahan.

Peringkat dan Langkah/Kemahiran

Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan

Pantun

- Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
- Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik
mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat.
- Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
- Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”
- Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.
- Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
- Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.
- Antara cirri-ciri pantun ialah :-

i) Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
ii)Bahasa bebas dari pantang larang
iii) Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
iv) Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham

Sajak

- Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi tradisional seperti pantun dan syair.
- Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
- Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
- Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
- Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

Ceramah

- Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
- Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
- Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.
- antara jenis-jenis ceramah ialah :-

i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya


Menilai dengan menggunakan instrumen :

Forum, Debat, Pidato

Forum

satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

Debat

pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.
masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

Pidato

huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

MINGGU 9

PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

Penilaian Kemahiran Lisan

Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :
- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek yang boleh dinilai ialah :

- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
- pertuturan dan sikap

Penilaian Kemahiran Menulis

Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah :

- kemahiran menulis
- menyusun idea
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan / cadangan

MINGGU 8

JENIS PENILAIAN BAHASA

>> PROJEK

PENGENALAN:

> Aktiviti b’dasarkan p’guasaan pengetahuan, kebolehan b’fikir & b’ketrampilan.
> Konteks sekolah: AMALI
> Individu @ kumpulan  tempoh tertentu.
> Penilaian: Bermula dr tahap persediaan projek  hasil yg disediakan.
> M’integrasikan pengetahuan dgn aktiviti & Kolaborasi sgt ditekankan.

TUJUAN:

> Menggalakkan kerjasama.
> Berpeluang menunjukkan kreativiti & inovasi.
> Berpeluang m’gunakan bahan di luar kelas.
> Memotivasikan pelajar.
> Semangat kepimpinan dikalangan pelajar.
> Pelajar b’peluang b’kerja berdasarkan minat/kebolehan/kemampuan.
> M’beri keyakinan kpd pelajar yg segan silu.

GARIS PANDUAN LAPORAN PROJEK:

> Tunjukkan kerumitan yg selengkapnya bg sesuatu topik.
> Tentukan kriteria penilaian.
> Elakkan perkara terlalu abstrak.
> Gunakan kosa kata yg sesuai bg topik. (Laras bahasa)
> Gunakan contoh yg sesuai.
> Hubungkaitkan topik & pengalaman.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJALANKAN PROJEK:

LANGKAH 1: PENENTUAN TAJUK DAN SKOP PROJEK

LANGKAH 2: PENILAIAN AWAL PROJEK

aktiviti:
kumpulkan dan senaraikan bahan-bahan relevan yang anda telah dapat daripada pelbagai sumber (misalnya: internet, buku rujukan, bahan sebenar dll) dalam jadual dan kemudian masukkan semua bahan itu ke dalam porfolio anda.

refleksi kendiri:
rumuskan tentang cara dan masalah yang dihadapi semasa mengutip bahan.

komen fasilitator dan penilaian:

LANGKAH 3: PELAKSANAAN STRATEGI

aktiviti:
sediakan lampiran dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dikumpul dalam porfolio. tunjuk hasil kerja anda dengan rakan sebaya untuk mendapatkan komen-komen mereka. tuliskan rumusan komen-komen mereka.

refleksi kendiri:
1. pamerkan isi kandungan lampiran anda dalam satu peta konsep
2. apakah masalah yang timbul semasa anda membina lampiran?
3. adakah anda meminta pertolongan daripada rakan sebaya? jika ada, adakah bantuan itu dapat meningkatkan mutu kerja anda? jelaskan.

LANGKAH 4: PEMPROSESAN MAKLUMAT

1. apakah kriteria yang telah digunakan untuk memilih bahan untuk dimasukkan dalam lampiran anda?
2. apakah unsur-unsur inovatif dan kreatif yang ditunjukkan dalam lampiran anda?
3. adakah kesuntukan masa menjadi satu had yang menjejaskan kualiti lampiran anda>


LANGKAH 5: PENILAIAN HASIL PROJEK

aktiviti:
tunjukkan lampiran anda kepada semua rakan kelas anda. beri satu persembahan yang ringkas tentang kandungan lampiran itu. rekodkan semua pertanyaan dan komen rakan sekelas anda. simpan lampiran anda dalam porfolio.

pertanyaan dan komen rakan:

apakah gred yang anda fikir anda harus terima untuk projek ini? A, B, C, D, E ataupun F? jelaskan.

Komen dan Penilaian Fasilitator:

Isnin, 12 Oktober 2009

MINGGU 7

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN
PENGENALAN

Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.


KONSEP

Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-


• Bentuk akhir tugasan dihasilkan
• Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
• Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
• Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
• Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-
• mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
• kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
• bukti menunjukkan objektif tercapai
• bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
• Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri
• Menghasilkan kerja yang terancang
• Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya



BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?
Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-

1. Penilaian objektif tugasan

• Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
• Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
• Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru

2. Hasil Pembelajaran
• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru

3. Penilaian
• Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
• Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny

FORMAT / BENTUK KONTRAK

Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.

PERINGATAN:
Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat

MINGGU 6

KAEDAH PENILAIAN BAHASA : PORTFOLIO DAN PEMERHATIAN

PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

portfolio pada umumnya merupakan folder atau file atau sebagainya yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjalaskan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri Portfolio

1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
2. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif
3. Pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
5. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
6. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
Jenis Portfolio :

1. Porfolio kerja harian

Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

2. Portfolio hasil terbaik

Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif.

3. Portfolio dokumen.

Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

Penilaian Portfolio

1. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang.
2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Kepentingan Portfolio

1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio

1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Penilaian bagi Portfolio

1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
2. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio

- Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
- Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penentuan gred.

Kriteria penilaian

1. Struktur dan organisani
2. Strategi pengurusan
3. Variasi isi yang sesuai
4. Struktur ayat dan gaya bahasa
5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiapnota anekdot dan refleksi pelajar.
8. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan



PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

1. Kualiti Pemerhatian

- Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya.
- Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
- Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
- Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
- Tekal dan stabil dalam penilaiannya

2. Bentuk perancangan

- Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
- Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
- Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

3. Merekod penilaian pemerhatian

- Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
- Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
- Menjalankan Tugasan
- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
- Cara merekodkan dapatan dan rumusan
- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
- Tindakan Susulan
- Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

4. Jenis Pemerhatian

- Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.
- Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
- Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
- Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.

5. Strategi pelaksanaan

- Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
- Menggunakan senarai semak.
- Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
- Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
- Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
- Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

- Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
- Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

MINGGU 5

JENIS-JENIS UJIAN DAN PENILAIAN

3.1.1 Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian pencapaian boleh dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam sesuatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik (rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum. Kebanyakan pembinaan ujian pencapaian serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian pencapaian akademik dapat mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik darjah. Manakala bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai PMR, SPM, STPM dalam sebagainya.

3.1.2 Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental. Ujian ini cuba mengukur perbezaan di antara individu. Ujian ini banyak mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi. Sejarah ujian ini bermula sejak tahun 1796. Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969 apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu Bakar, 1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon.

Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan. Ujian ini mencerminkan pengalaman pada peringkat kanak-kanak. Ujian kecerdasan memberikan bukti secara tidak langsung tentang potensi yang ditunjukkan murid-murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap kali digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge-Thorndike dan lain-lain.

3.1.3 Ujian Prestasi

Ujian prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan kepada menjawab soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat personaliti seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang dinilai. Dengan itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin. Dalam konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik’. Misalnya tidak ada ukuran baik atau buruknya minat seseorang itu pada dunia perladangan. Individu yang berminat boleh meneruskan ladang dan sebaliknya boleh memilih bidang lain yang bersesuaian dengan minatnya.

Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa murid melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri pelajar sendiri menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.

3.1.4 Ujian Diagnostik

Ujian ini mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran ujian ini bertujuan untuk menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid dalam pembelajarannya. Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam merancang dan memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan.

Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred kepada murid. Disebabkan ujian ini untuk memperbaiki kelemahan tertentu, maka ujian ini dilaksanakan pada masa pengajaran dan pembelajaran masih berjalan bukan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada ujian dalam ujian ini diterjemahkan dalam bentuk profil individu berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil yang dibuat dapat memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. Contoh ujian diagnostik seperti ujian menilai bacaan murid yang bertujuan mengenal pasti kemahiran murid untuk mengenal huruf dan menyebut huruf.
Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventory, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa.


3.1.5 Ujian Kecekapan

Ujian kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau calon dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ujian ini melibatkan penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas serta tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-kertas melainkan sewaktu mendapatkan arahan. Contoh ujian kecekapan seperti ujian pada peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid mencantum-cantumkan perkataan dengan gambar yang diberikan atau membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau menjalankan uji kaji menggunakan radas tertentu.

3.1.6 Ujian Bakat

Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran. Misalnya pada tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu.

Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan prestasi masa depan calon. Ujian ini lazimnya digunakan untuk pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat seperti ujian kemasukan ke maktab perguruan (UKELP). Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu.

3.1.7 Ujian Personaliti

Ujian personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian Keirsey Temperament.
Penilaian Formatif

Bagi mencapai matlamat dan objektif yang dirancangkan, aktiviti penilaian seringkali memberikan maklumat penting kepada guru untuk melaksanakan tindakan seterusnya. Penilaian yang dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum dikenali penilaian formatif. Penilaian ini dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Penilaian lazimnya mendatangkan kesan negatif sama ada kepada murid, guru atau ibu bapa sendiri. Hal ini demikian kerana penilaian sering kali menimbulkan ketegangan kepada golongan berkenaan. Dengan itu, penilaian formatif cuba mengurangkan ketegangan tersebut tanpa membandingkan pencapaian antara pelajar.

Pendidik yang beramanah seharusnya memberikan penerangan dan bimbingan kepada murid dan kepada ibu bapa murid akan kegunaan serta tujuan penilaian formatif. Ujian yang dibentuk dalam penilaian ini seharusnya bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. Ujian dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Misalnya, guru dapat mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajarannya, manakala murid dapat mengetahui kelemahan aspek tertentu dalam pembelajaran.

Penilaian ini bukan sekali-kali bertujuan membandingkan pelajar sebaliknya ingin membantu murid. Dengan itu, tidak ada gred diberikan kepada penilaian atau ujian yang dijalankan. Contoh penilaian formatif seperti sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.
Bagi memastikan pelaksanaan penilaian yang berkesan, beberapa langkah atau prosedur perlu diberikan tumpuan atau perhatian oleh guru, iaitu:

a) Menentukan topik pembelajaran. Dalam sesuatu sukatan pelajaran, mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. Pengajaran topik-topik berkenaan memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan semua sukatan berkenaan. Langkah terbaik ialah menyusun topik berkenaan mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.

b) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran. Guru harus mengenal pasti aspek-aspek tertentu setiap topik yang perlu dikuasai oleh pelajar. Misalnya pelajar dapat mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.

c) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.

d) Membentuk soalan ujian. Selepas penentuan elemen-elemen berkenaan, misalnya ada sepuluh elemen dalam sesuatu topik, maka setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.

e) Mencadangkan langkah susulan. Tujuan penilaian formatif dijalankan ialah antara lain untuk mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. Dengan itu tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Misalnya, murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.
Penilaian formatif atau ujian formatif dianggap sebagai suatu strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid-murid masing-masing saling memperolehi maklumat akan kelemahan-kelemahan yang wujud semasa pengajaran pembelajaran berlangsung berdasarkan keputusan ujian yang ditunjukkan. Ini memberikan motivasi kepada guru dan murid untuk membaiki prestasi masing-masing. Guru memperbaiki prestasi penyampaian manakala murid memperbaiki strategi pembelajaran.

3.3.7.1 Tujuan Penilaian Formatif

Pada asasnya, penilaian formatif bertujuan untuk memperbaiki pengajaran pembelajaran. Di samping memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, secara langsung penilaian yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Hal ini dapat direalisasikan melalui ujian-ujian yang dikendalikan dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. Situasi ini akan menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan.

Penilaian formatif juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. Dengan mengadakan ujian formatif, guru dapat meninggi pencapaian dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan.

Di samping itu, kegunaan penilaian formatif juga bertujuan mengubah suai pengajaran seseorang guru. Hal ini kerana pencapaian yang rendah di kalangan murid-murid barangkali disebabkan oleh kelemahan pengajaran guru itu sendiri. Pendekatan yang diambil oleh guru berkenaan tidak semestinya sama dalam semua sesi pembelajaran yang dikendalikan. Begitu juga murid-murid yang dihadapinya terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan. Ada yang sederhana, lemah dan cemerlang.
Keadaan ini memerlukan pengubahsuaian dalam penyampaian guru agar pembelajaran lebih berkesan. Berasaskan penilaian yang dijalankan guru dapat mengenal pasti aspek atau topik yang menunjukkan kecenderungan murid-murid masih lemah dan topik yang telah dikuasai oleh murid. Selain mengatasi kelemahan dalam pengajaran, guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. Misalnya, guru menggunakan pendekatan syarahan dalam menyampaikan pengajaran. Pada akhir topik berkenaan, satu ujian formatif dilakukan dan mendapati kebanyakan murid kurang memahami topik yang diperkatakan. Dengan itu guru dapat memahami bahawa pendekatan berkenaan tidak sesuai dan beliau boleh mengubah dengan menggunakan pendekatan lain seperti perbincangan dan sebagainya.

Penilaian formatif juga bertujuan untuk memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. Maklumat yang diperolehi daripada siri ujian yang dijalankan dapat digunakan oleh murid-murid untuk mengatasi kelemahan mereka. Mereka boleh berbincang dan mendapat bimbingan serta khidmat nasihat daripada guru mereka. Dengan cara itu, murid-murid berkenaan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya meningkatkan penguasaan pembelajaran. Mereka juga akan menjadi sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.

Kesimpulannya, penilaian atau ujian formatif adalah suatu strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bermanfaat dalam membantu pelajar dan guru. Maklum balas yang diperolehi dapat digunakan oleh guru dan murid-murid serta merta dalam memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud. Ia memberikan motivasi kepada guru untuk terus berusaha dengan gigih bagi memastikan kecemerlangan pelajar. Manakala pada pihak murid-murid pula, ia memberikan harapan tinggi mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.



3.3.8 Penilaian Sumatif

Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.
Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian. Tujuan penilaian sumatif ialah untuk menentukan sejauh mana objektif-objektif sesuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid-murid. Dengan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan melalui pembinaan jadual penentuan ujian, peratusan objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui.

Kedua, penilaian sumatif bertujuan memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan adanya gred yang diberikan, akan memudahkan guru untuk membuat perbandingan antara individu dalam satu-satu bilik darjah atau membuat perbandingan mengikut tingkatan atau kumpulan pelajar. Dengan cara ini guru boleh membuat kesimpulan peringkat pencapaian pelajar mengikut kumpulan tertentu misalnya kumpulan pelajar lemah, sederhana dan cemerlang. Contoh penilaian sumatif seperti penilaian pada akhir penggal, peperiksaan percubaan, UPSR, PMR dan sebagainya.

Bagi memastikan keberkesanan dalam pentadbiran penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diberikan penekanan:

i. Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.
ii. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.
iii. Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.
iv. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.
v. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.
vi. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.
vii. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

3.3.8.1 Tujuan Penilaian Sumatif

Pada umumnya, penilaian sumatif untuk menentukan pencapaian murid sebagai satu kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang telah ditentukan. Selain itu, penilaian sumatif juga bertujuan untuk mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.

Guru atau pendidik juga dapat membuat ramalan akan kejayaan murid dalam sesuatu mata pelajaran. Pencapaian pada peringkat awal biasanya mempunyai perhubungan yang tinggi dengan peringkat pencapaian yang seterusnya. Misalnya, kemahiran mengenal huruf murid akan menjadi ramalan kepada kemahiran untuk menyusun huruf-huruf dalam membentuk perkataan pada masa depan.

Penilaian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. Sebelum memulakan sesuatu kursus baru murid-murid dikehendaki terlebih dahulu menduduki ujian yang menentukan peringkat pencapaian mereka agar dapat memastikan murid-murid berkenaan telah menguasai kemahiran asas yang diperlukan dalam sesuatu kursus baru berkenaan. Sekiranya murid-murid berkenaan sudah mencapai peringkat tertentu, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil kursus tersebut.

Selain itu, keputusan penilaian sumatif juga dapat memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan. Item yang sama ditadbir kepada beberapa kumpulan bagi tujuan membuat perbandingan pencapaian yang diperolehi. Dengan cara itu, perbandingan pencapaian dapat dibuat dalam menentukan kelompok pelajar lemah, sederhana dan cemerlang serta kelas (bilik darjah) yang lemah dan cemerlang.

Kesimpulannya, penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan telah lama dilaksanakan dalam dunia pendidikan dengan tujuan utama ialah untuk memberikan gred kepada pencapaian murid. Di samping itu, penilaian ini juga dapat digunakan secara menyeluruh dalam memperbaiki sesuatu kurikulum kerana keputusan yang diperolehi lebih menyeluruh.

3.3.9 Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif

Penilaian Formatif

a) Ujian yang boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran
b) Tujuan: Mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan murid dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi membaiki kelemahan yang wujud.
c) Waktu penilaian : Sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung
d) kaedah: tidak formal- pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan
Dibuat secara formal – ujian pensel-kertas, lisan.
e) Dibuat secara individu atau dalam kumpulan
f) Selepas penilaian dijalankan -Membaiki kelemahan murid serta merta dengan mengulang semula topik pembelajaran – pemulihan
Menjalankan aktiviti pengukuhan – pengayaan
g) Membaiki kurikulum / mata pelajaran

Penilaian Sumatif

a) Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan.
b) Tujuan: Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar.
c) Waktu penilaian: Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan.
d) Kaedah Formal : ujian Pensel-kertas
e) Dijalankan secara berkumpulan
f) Selepas penilaian dijalankan - Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai.
g) Memberikan pengiktirafan – sijil, hadiah dsb.



RUMUSAN

Dalam menyediakan ujian yang baik dan berkesan, guru merupakan penggerak utama. Hal ini demikian kerana guru yang lebih arif tentang bidang yang telah diliputi sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ujian yang dilaksanakan oleh guru dapat memberikan tentang kesan pembelajaran untuk tempoh yang pendek mahupun jangka waktu yang lebih panjang.

Ujian yang dilakukan dalam tempoh pengajaran pembelajaran yang berlangsung membolehkan guru mengetahui tahap penguasaan pelajar tentang topik-topik yang telah dibincangkan di samping mengetahui masalah yang dihadapi pelajar dan seterusnya menjalankan aktiviti yang bersesuaian seperti aktiviti pemulihan. Sementara ujian yang dijalankan pada akhir sesuatu penggal aman memberikan maklumat berkenaan pencapaian pelajar secara umum setelah pengajaran pembelajaran berlangsung dalam tempoh tertentu. Dengan itu juga guru-guru dapat membandingkan serta menggredkan pelajar mengikut pencapaian yang diperolehi sama ada dalam kumpulan pelajar yang lemah sederhana atau cemerlang


3 Jenis-Jenis Penilaian


Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.


3.1 Penilaian Formatif


Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.

Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.

Guru sepatutnya memberi penerangan kepada pelajar dan ibu bapa mengenai tujuan penilain formatif iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Maklumat yang diperoleh seharusnya terus digunakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada kelemahan ini, guru dan pelajar dapat mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akhirnya membantu mempertingkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan.

Bagi memastikan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberi perhatian oelh guru:
• menentukan tajuk pengajaran
• menentukan aspek penguasaan
• menghubungkait elemen-elemen dalam tajuk
• membina soalan ujian
• mencadangkan tindakan susulan


3.2 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar.

Secara am, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka. Gred yang diperoleh boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian dikalangan pelajar. penilaian suamtif juga dapat dijadikan petunjuk samada pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.

Bagi memastikan penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diambil semasa menggubal ujian:
1. membentuk jadual penentu ujian
2. membina soalan
3. mengumpul soalan secara sistematik
4. menguji soalan melalui kajian rintis
5. menyiapkan skema pemarkahan


3.3 Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik

Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.


3.4 Penilaian Alternatif


Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional. Penilaian pengajaran di universiti sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar. Sebagai contoh, pensyarah boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu kursus melalui portfolio yang disediakan oleh pelajar. Penilaian alternatif ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus dan tidak dibincangkan dalam modul ini.


Penilaian Sumatif

Sebahagian besar penilaian di institusi pengajian tinggi melibatkan ujian pensel dan kertas. Penilaian ini kebiasaannya membawa peratusan yang besar terutama bagi program pra siswazah. Peratusan yang diamalkan dalam penilaian sumatif kebiasaannya berada dalam lingkungan 50% – 70%. Pemberatan penilaian sumatif bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh fakulti. Bagi menghasilkan ujian sumatif yang bermutu yang berkualiti, lima langkah perlu diambil kira seperti berikut:

• Merancang ujian
• Menggubal soalan
• Memilih dan menyelaraskan soalan
• Memprauji soalan
• Menyediakan kertas soalan



Merancang Ujian

Proses yang penting dalam merancang ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Pada tahap ini, kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan pentingnya setiap tajuk/subtajuk dalam kandungan sukatan pelajaran berkenaan. Antara aspek yang perlu dianalisis termasuklah yang berikut:

a) Liputan dan dalamnya kajian yang dibuat bagi sesuatu tajuk
b) Pendekatan dalam mempelajari sesuatu tajuk
c) Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain
d) Bagaimana kompleksnya sesuatu tajuk
e) Masa pengajaran-pembelajaran yang perlu bagi sesuatu tajuk

Maklumat di atas penting kepada penggubal soalan kerana maklumat itu menentukan sifat ujian dari segi bilangan soalan yang perlu dimasukkan untuk setiap tajuk/subtajuk.

Di samping itu, analisis perlu juga dibuat terhadap objektif pendidikan yang diasaskan pada taksonomi pendidikan yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom. Huraian mengenai pelbagai tahap Taksonomi Bloom adalah seperti dalam Jadual 4.1.


Berdasarkan analisis inilah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dirangka. Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat kemahiran. JSU ini akan menetapkan bilangan soalan yang perlu diuji bagi setiap tajuk/subtajuk pada setiap peringkat kemahiran. JSU yang lengkap dibina akan menjadi panduan kepada penggubal soalan. Jika JSU dipatuhi dengan teliti, maka ujian yang dibina adalah:

a) sah dari segi kandungan sukatan pelajarannya,
b) stabil dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya dari setahun ke setahun,
c) sama dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya walaupun ujian dibina oleh orang yang berlainan.


Penilaian Formatif

Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.

Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.

Guru sepatutnya memberi penerangan kepada pelajar dan ibu bapa mengenai tujuan penilain formatif iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Maklumat yang diperoleh seharusnya terus digunakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada kelemahan ini, guru dan pelajar dapat mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akhirnya membantu mempertingkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan.

Bagi memastikan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu diberi perhatian oelh guru:

• menentukan tajuk pengajaran
• menentukan aspek penguasaan
• menghubungkait elemen-elemen dalam tajuk
• membina soalan ujian
• mencadangkan tindakan susulan


Penilaian Rujukan Norma

Keputusan yang diperolehi oleh murid-murid memberikan beberapa maklumat kepada guru. Pertama, keputusan yang diperolehi oleh murid-murid itu dibandingkan dengan keputusan murid yang lain yang mengambil ujian yang sama atau kedudukan seseorang murid boleh dibandingkan dengan murid lain boleh dalam bilik darjah yang sama atau dalam sesebuah negara. Pendekatan ini dikenali sebagai ujian atau penilaian rujukan norma.

Ujian atau penilaian yang dibina adalah bertujuan untuk mendapatkan perbezaan yang maksimum antara murid-murid berkenaan. Bagi memastikan tercapai tujuan berkenaan, tahap kesukaran item dikawal agar tidak terlalu sukar dan terlalu mudah. Lazimnya kesukaran soalan adalah berdasarkan nisbah 25% mudah, 50% sederhana dan 25% sukar. Keputusan daripada penilaian atau ujian akan mencerminkan siapa lebih pandai atau di mana kedudukan seseorang pelajar dalam sesuatu bilik darjah atau sekolahnya.

Ujian rujukan norma ini tidaklah memberikan maklumat secara terperinci tentang kemahiran seseorang murid. Sebaliknya apa yang diberikan penekanan ialah tentang siapa lebih baik daripada siapa. Keadaan ini memerlukan item penilaian benar-benar dapat memastikan perbezaan (mendiskriminasikan) antara pelajar.
Menurut Popham (1981), ujian rujukan norma digunakan bagi menentukan status seseorang murid berpandukan prestasi murid yang lain dalam sesuatu ujian berkenaan.

Misalnya, seorang murid dapat menjawab 50 item dengan betul daripada 60 butiran ujian. Skor mentah murid ini ialah 50. Kedudukan murid ini dibandingkan dengan calon lain dengan menggunakan satu jadual norma. Jadual berkenaan akan menunjukkan kedudukan calon dalam bentuk pangkat peratusan berbanding dengan satu kumpulan norma yang ditetapkan. Andaikan skor mentah tadi memberikan bacaan pangkat peratusan ke-83 mengikut jadual norma, maknanya muri tersebut berprestasi melebihi atau menyamai 82 peratus daripada murid-murid lain dalam kumpulan norma.
Dalam konteks penilaian ini, jika ramai murid yang mendapat skor yang rendah, markah lulus lazimnya cenderung akan rendah. Begitu juga sebaliknya. Dengan itu, ada kemungkinan murid yang lemah akan lulus kerana terdapat murid-murid lain yang lebih lemah.

Penilaian Rujukan Kriteria

Ujian atau penilaian rujukan kriteria memberikan penekanan yang berbeza daripada ujian rujukan norma. Matlamat ujian ini bukan untuk membandingkan prestasi antara murid. Tetapi lebih menumpukan kepada perbandingan kepada kriteria yang sama yang telah ditetapkan sama ada tercapai atau tidak. Pendekatan ini dipelopori oleh Glaser pada tahun 1963 (dipetik daripada Popham, 1971). Menurut Glaser (1973) kriteria yang digunakan tidak bermaksud akhiran sesuatu kemahiran, tetapi kriteria itu bergantung kepada penetapan oleh guru, yakni pada aras mana yang ingin guru tetapkan kriteria yang harus dicapai oleh murid-murid.

Menurut Popham (1981) ujian rujukan kriteria digunakan untuk menentukan status individu berhubung domain tingkah laku yang didefinisikan. Ujian rujukan kriteria merujuk kepada satu set tingkah laku kriteria yang telah ditetapkan.

Khamis, 23 Julai 2009

PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF

MINGGU 4

PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF

  • Ujian pencapaian adalah penting kepada guru untuk mengetahui sejauh mana pelajar-pelajarnya memahami apa yang mereka pelajari.
  • Jika ujian ini dibina dengan baik, ia boleh diguna untuk membandingkan pencapaian antara pelajar-pelajar atau membandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah.
  • Biasanya, ujian pencapaian yang digunakan di sekolah-sekolah dibina sendiri oleh guru-guru mata pelajaran tertentu.
  • Bagaimanapun, ujian yang disediakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya sendiri adalah lebih tepat untuk mengukur pencapaian mereka, sebab ujian ini hanya ditumpukan kepada kandungan pelajaran yang diajar guru.
  • Seperti yang kita sedia maklum, item/soalan objektif bermaksud item/soalan yang mempunyai jawapan tepat/tertentu/spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau pelengkapan.
  • Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau perkataan pelengkap yang betul.
1. Pembinaan Item Beraneka Pilihan

  • Item/soalan yang sering digunakan dalam ujian pencapaian; di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah atau institut pengajian tinggi; ialah item beraneka pilihan.
  • Item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus, stem/badan soalan dan jawapan pilihan.
  • Stimulus adalah bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan.
  • Stem adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.
  • Jawapan Pilihan adalah bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan, yang biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi.
  • Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab oleh pelajar, tetapi mudah diperiksa (boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan borang OMR).
  • Pelajar mendapati soalan beraneka pilihan sukar dijawab berbanding soalan jenis esei, sebab mereka perlu mengetahui jawapan secara tepat.
Berikut adalah 9 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk beraneka pilihan.

i. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih jawapan yang betul atau paling tepat/terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan yang diberi adalah betul.

ii. Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

iii. Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan pilihan, tetapI dimasukkandalam badan soalan, seperti perkataan “oleh” dalam Contoh 1.

iv. Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya setiap jawapan yang diberikan adalah munasabah.

v. Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut system tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan betul.

vi. Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya tidak member petanda kepada pelajar tentang jawapan betul.

vii. Jawapan berbentuk “Semua di atas” atau “Tiada satu pun di atas” sebagai jawapan pilihan perlu dikurangkan, supaya pelajar tidak mudah memilih jawapan betul.

viii. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti kurangkan jawapan pilihan seperti supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.

ix. Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud satu sistem susunan jawapan pilihan.

2. Pembinaan Item Betul-Salah
  • Seperti juga item beraneka pilihan, item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus (jika ada), pernyataan dan jawapan pilihan yang berbentuk “Betul” atau “Salah”.
  • Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah/palsu.
Berikut adalah 8 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk betul-salah:

i. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu menanda (“)/A bagi jawapan yang betul atau B/(X) bagi jawapan yang salah.

ii. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

iii. Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistem tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

iv. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti panjang dan maksud pernyataan) supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.

v. Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yang jelas salah.

vi. Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

vii. Elakkan daripada menggunakan perkataan “selalu” atau “tidak pernah” dalam pernyataan, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

viii. Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan pernyataan yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

3 .Pembinaan Item Mengisi Ruang Kosong
  • Item ini terdiri daripada dua (2) bahagian, iaitu stimulus (jika ada) dan pernyataan yang mengandungi ruang kosong untuk diisi pelajar.
  • Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat.
Berikut adalah enam prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk mengisi ruang kosong:
i. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau dalam kertas jawapan.

ii. Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga bunga”, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.

iii. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti bilangan perkataan dalam ruang kosong), supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.

iv. Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting sahaja.

v. Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu pernyataan/ayat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

vi. Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan/ayat,m supaya perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.

4. Pembinaan Item Padanan
  • Item ini terdiri daripada dua (2) set maklumat yang perlu dipadankan oleh pelajar.
  • Kedua-dua set maklumat ini mungkin terdiri daripada perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan.
  • Pembina item perlu memastikan maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan/ hubungan dengan maklumat dalam set kedua.
  • Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta dan konsep.
  • Bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa padanan yang melibatkan dua (2) set maklumat ini menjadikan item padanan sebagai item “banyak soalan dalam satu soalan”, yang bergantung kepada bilangan perkaitan yang ada.
Justeru, guru perlu memberikan markah yang setimpal dengan bilangan perkaitan ini.
Berikut adalah enam prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk padanan:

i. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu membuat padanan satu-ke satu atau padanan yang lain seperti membuat padanan yang wujud sahaja.

ii. Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga bunga”, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.

iii. Aras kesukaran bagi setiap perkaitan perlu setara (seperti bilangan perkataan), supaya setiap perkaitan mempunyai aras kesukaran yang sama.

iv. Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan padanannya supaya pelajar dapat mengenal pasti padanan tersebut.
v. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu maklumat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

vi. Bilangan padanan tidak terlalu banyak (mungkin maksimum 5 padanan), supaya pelajar tidak menggunakan terlalu banyak masa untuk mencari padanan.

PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF
  • Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak spesifik seperti jawapan kepada item objektif.
  • Item subjektif ini membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan.
  • Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan yang dimiliki.
  • Justeru, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan, yang memerlukan kemahiran berfikir.
  • Item subjektif juga memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan jawapan dan juga panjang atau pendek jawapan tersebut
Prinsip Am Penyediaan Item Subjektif:
  • Item subjektif ini biasa berbentuk esei, sama ada berjawapan pendek, sederhana atau panjang.
  • Justeru, prinsip penyediaan item jenis esei ini adalah sama bagi ketiga-tiga kategori soalan tersebut.
Berikut adalah tujuh prinsip am untuk menyediakan soalan berbentuk esei:

Prinsip

i. Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supaya soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut.

ii. Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas jawapan.

iii. Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”,supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

iv. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.

v. Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka struktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.

vi. Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.

vii. Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada soalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.

Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang fungsinya ialah untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu item/soalan.

Kata Tugas Item Subjektif:
  • Sebelum kita membina item subjektif, kita perlu memahami jenis kata tugas yang sesuai digunakan untuk membina item tersebut.
  • Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.
  • Oleh itu, pemilihan kata tugas yang sesuai untuk sesuatu item adalah sangat penting.
  • Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan jawapan seperti yang ditentukan dalam peraturan memberi markah.
  • Kata tugas mempunyai kaitan yang rapat dengan tujuan ujian yang menggunakan item berkenaan.
  • Bagaimanapun, sesuatu kata tugas itu tidaklah unik bagi satu tujuan ujian sahaja, kerana kata tugas yang sama boleh menghasilkan jawapan yang berlainan.
  • Terdapat kata tugas yang boleh berdiri dengan sendiri untuk menyatakan kehendak soalan.
  • Bagaimanapun, terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan daripada beberap perkataan lain untuk menjadikan kehendak soalan itu lebih jelas.
Berikut menunjukkan beberapa kata tugas dan jawapan yang diharapkan.

* Analisiskan - Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan.

* Anggarkan - Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkn dengan menggunakan satu pengetahuan tertentu.

* Apakah - Memberi maklumat yang khusus atau spesifik.

* Bagaimanakah - Memperihalkan, memberi penerangan tentang keadaan langkah atau kejadian.

* Bandingkan - Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara.

* Berapakah - Memberi kuantiti.

* Bezakan - Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.
* Bilakah - Menyatakan masa atau waktu.

* Binakan - Membuat sesuatu dengan menggunakan kaedah atau alat tertentu.

* Bincangkan - Memberi penerangan daripada pelbagai aspek.

PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF
  1. Pembinaan Item Esei Berjawapan Pendek
  • Item jenis ini memerlukan pelajar memberi jawapan pendek (biasanya satu perenggan) yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri.
  • Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman dan aplikasi/penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir.
  • Soalan esei berjawapan pendek ini boleh dibina supaya jawapannya menjadi lebih objektif (lihat contoh) daripada soalan esei berjawapan terbuka.
  • Dengan jawapan yang terbatas ini, pemeriksaannya dapat diselaraskan dengan mudah, dan ini dapat meningkatkan kebolehpercayaan soalan tersebut.
  • Di sini, walaupun jawapannya lebih objektif daripada jawapan esei terbuka, jawapan esei pendek masih lagi agak subjektif/pelbagai.
  • Oleh kerana jawapan esei pendek ini masih pelbagai, maka pembina soalan perlu menyediakan skema jawapan yang merangkumi semua jawapan yang mungkin.
2. Pembinaan Item Esei Berjawapan Terbuka
  • Item bentuk ini membenarkan pelajar merancang dan memberi jawapan secara bebas, justeru, mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada mereka.
  • Misalnya, pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, memberikan penilaian terhadap sesuatu pemikiran atau mengaitkan pemikiran dengan perasaan.
  • Oleh itu, jenis item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk, yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  • Item jenis ini juga membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif.
  • Pelajar juga akan menghadapi masalah semasa menjawab soalan berjawapan terbuka ini, sebab mereka perlu mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripada pengetahuan sendiri, menyusun isi-isi dan idea-idea ini, dan seterusnya, menulis dengan cara yang logik supaya isi-isi dan idea-idea ini dapat dikomunikasikan dengan baik.
  • Oleh sebab jawapannya yang amat terbuka, yang mengandungi isi-isi, idea-idea dan kreativiti tertentu, maka pembina item bentuk ini perlu menyediakan skema/ peraturan pemarkahan yang jelas, terperinci dan menyeluruh, agar penilaian pencapaian pelajar dapat dibuat sewajarnya.
  • Walaupun item berjawapan terbuka ini sukar dijawab dan juga diperiksa, ia mempunyai kekuatan tersendiri, iaitu dapat menggalakkan pelajar:
i. menerokai pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah;
ii. membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat;
iii. mempamerkan sesuatu idea yang asli mereka;
iv. mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat; dan
v. mengenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk komunikasi bertulis