BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 23 Julai 2009

PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF

MINGGU 4

PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF

  • Ujian pencapaian adalah penting kepada guru untuk mengetahui sejauh mana pelajar-pelajarnya memahami apa yang mereka pelajari.
  • Jika ujian ini dibina dengan baik, ia boleh diguna untuk membandingkan pencapaian antara pelajar-pelajar atau membandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah.
  • Biasanya, ujian pencapaian yang digunakan di sekolah-sekolah dibina sendiri oleh guru-guru mata pelajaran tertentu.
  • Bagaimanapun, ujian yang disediakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya sendiri adalah lebih tepat untuk mengukur pencapaian mereka, sebab ujian ini hanya ditumpukan kepada kandungan pelajaran yang diajar guru.
  • Seperti yang kita sedia maklum, item/soalan objektif bermaksud item/soalan yang mempunyai jawapan tepat/tertentu/spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau pelengkapan.
  • Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau perkataan pelengkap yang betul.
1. Pembinaan Item Beraneka Pilihan

  • Item/soalan yang sering digunakan dalam ujian pencapaian; di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah atau institut pengajian tinggi; ialah item beraneka pilihan.
  • Item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus, stem/badan soalan dan jawapan pilihan.
  • Stimulus adalah bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan.
  • Stem adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.
  • Jawapan Pilihan adalah bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan, yang biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi.
  • Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab oleh pelajar, tetapi mudah diperiksa (boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan borang OMR).
  • Pelajar mendapati soalan beraneka pilihan sukar dijawab berbanding soalan jenis esei, sebab mereka perlu mengetahui jawapan secara tepat.
Berikut adalah 9 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk beraneka pilihan.

i. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih jawapan yang betul atau paling tepat/terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan yang diberi adalah betul.

ii. Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

iii. Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan pilihan, tetapI dimasukkandalam badan soalan, seperti perkataan “oleh” dalam Contoh 1.

iv. Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya setiap jawapan yang diberikan adalah munasabah.

v. Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut system tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan betul.

vi. Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya tidak member petanda kepada pelajar tentang jawapan betul.

vii. Jawapan berbentuk “Semua di atas” atau “Tiada satu pun di atas” sebagai jawapan pilihan perlu dikurangkan, supaya pelajar tidak mudah memilih jawapan betul.

viii. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti kurangkan jawapan pilihan seperti supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.

ix. Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud satu sistem susunan jawapan pilihan.

2. Pembinaan Item Betul-Salah
  • Seperti juga item beraneka pilihan, item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus (jika ada), pernyataan dan jawapan pilihan yang berbentuk “Betul” atau “Salah”.
  • Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah/palsu.
Berikut adalah 8 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk betul-salah:

i. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu menanda (“)/A bagi jawapan yang betul atau B/(X) bagi jawapan yang salah.

ii. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

iii. Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistem tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

iv. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti panjang dan maksud pernyataan) supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.

v. Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yang jelas salah.

vi. Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

vii. Elakkan daripada menggunakan perkataan “selalu” atau “tidak pernah” dalam pernyataan, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

viii. Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan pernyataan yang salah, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan.

3 .Pembinaan Item Mengisi Ruang Kosong
  • Item ini terdiri daripada dua (2) bahagian, iaitu stimulus (jika ada) dan pernyataan yang mengandungi ruang kosong untuk diisi pelajar.
  • Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat.
Berikut adalah enam prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk mengisi ruang kosong:
i. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau dalam kertas jawapan.

ii. Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga bunga”, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.

iii. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti bilangan perkataan dalam ruang kosong), supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama.

iv. Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting sahaja.

v. Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu pernyataan/ayat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

vi. Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan/ayat,m supaya perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.

4. Pembinaan Item Padanan
  • Item ini terdiri daripada dua (2) set maklumat yang perlu dipadankan oleh pelajar.
  • Kedua-dua set maklumat ini mungkin terdiri daripada perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan.
  • Pembina item perlu memastikan maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan/ hubungan dengan maklumat dalam set kedua.
  • Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta dan konsep.
  • Bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa padanan yang melibatkan dua (2) set maklumat ini menjadikan item padanan sebagai item “banyak soalan dalam satu soalan”, yang bergantung kepada bilangan perkaitan yang ada.
Justeru, guru perlu memberikan markah yang setimpal dengan bilangan perkaitan ini.
Berikut adalah enam prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk padanan:

i. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu membuat padanan satu-ke satu atau padanan yang lain seperti membuat padanan yang wujud sahaja.

ii. Pernyataan/ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga bunga”, supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik.

iii. Aras kesukaran bagi setiap perkaitan perlu setara (seperti bilangan perkataan), supaya setiap perkaitan mempunyai aras kesukaran yang sama.

iv. Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan padanannya supaya pelajar dapat mengenal pasti padanan tersebut.
v. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu maklumat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

vi. Bilangan padanan tidak terlalu banyak (mungkin maksimum 5 padanan), supaya pelajar tidak menggunakan terlalu banyak masa untuk mencari padanan.

PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF
  • Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak spesifik seperti jawapan kepada item objektif.
  • Item subjektif ini membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan.
  • Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan yang dimiliki.
  • Justeru, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan, yang memerlukan kemahiran berfikir.
  • Item subjektif juga memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan jawapan dan juga panjang atau pendek jawapan tersebut
Prinsip Am Penyediaan Item Subjektif:
  • Item subjektif ini biasa berbentuk esei, sama ada berjawapan pendek, sederhana atau panjang.
  • Justeru, prinsip penyediaan item jenis esei ini adalah sama bagi ketiga-tiga kategori soalan tersebut.
Berikut adalah tujuh prinsip am untuk menyediakan soalan berbentuk esei:

Prinsip

i. Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supaya soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut.

ii. Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas jawapan.

iii. Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”,supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.

iv. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.

v. Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka struktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.

vi. Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.

vii. Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada soalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.

Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang fungsinya ialah untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu item/soalan.

Kata Tugas Item Subjektif:
  • Sebelum kita membina item subjektif, kita perlu memahami jenis kata tugas yang sesuai digunakan untuk membina item tersebut.
  • Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.
  • Oleh itu, pemilihan kata tugas yang sesuai untuk sesuatu item adalah sangat penting.
  • Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan jawapan seperti yang ditentukan dalam peraturan memberi markah.
  • Kata tugas mempunyai kaitan yang rapat dengan tujuan ujian yang menggunakan item berkenaan.
  • Bagaimanapun, sesuatu kata tugas itu tidaklah unik bagi satu tujuan ujian sahaja, kerana kata tugas yang sama boleh menghasilkan jawapan yang berlainan.
  • Terdapat kata tugas yang boleh berdiri dengan sendiri untuk menyatakan kehendak soalan.
  • Bagaimanapun, terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan daripada beberap perkataan lain untuk menjadikan kehendak soalan itu lebih jelas.
Berikut menunjukkan beberapa kata tugas dan jawapan yang diharapkan.

* Analisiskan - Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan.

* Anggarkan - Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkn dengan menggunakan satu pengetahuan tertentu.

* Apakah - Memberi maklumat yang khusus atau spesifik.

* Bagaimanakah - Memperihalkan, memberi penerangan tentang keadaan langkah atau kejadian.

* Bandingkan - Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara.

* Berapakah - Memberi kuantiti.

* Bezakan - Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.
* Bilakah - Menyatakan masa atau waktu.

* Binakan - Membuat sesuatu dengan menggunakan kaedah atau alat tertentu.

* Bincangkan - Memberi penerangan daripada pelbagai aspek.

PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF
  1. Pembinaan Item Esei Berjawapan Pendek
  • Item jenis ini memerlukan pelajar memberi jawapan pendek (biasanya satu perenggan) yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri.
  • Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman dan aplikasi/penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir.
  • Soalan esei berjawapan pendek ini boleh dibina supaya jawapannya menjadi lebih objektif (lihat contoh) daripada soalan esei berjawapan terbuka.
  • Dengan jawapan yang terbatas ini, pemeriksaannya dapat diselaraskan dengan mudah, dan ini dapat meningkatkan kebolehpercayaan soalan tersebut.
  • Di sini, walaupun jawapannya lebih objektif daripada jawapan esei terbuka, jawapan esei pendek masih lagi agak subjektif/pelbagai.
  • Oleh kerana jawapan esei pendek ini masih pelbagai, maka pembina soalan perlu menyediakan skema jawapan yang merangkumi semua jawapan yang mungkin.
2. Pembinaan Item Esei Berjawapan Terbuka
  • Item bentuk ini membenarkan pelajar merancang dan memberi jawapan secara bebas, justeru, mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada mereka.
  • Misalnya, pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, memberikan penilaian terhadap sesuatu pemikiran atau mengaitkan pemikiran dengan perasaan.
  • Oleh itu, jenis item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk, yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  • Item jenis ini juga membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif.
  • Pelajar juga akan menghadapi masalah semasa menjawab soalan berjawapan terbuka ini, sebab mereka perlu mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripada pengetahuan sendiri, menyusun isi-isi dan idea-idea ini, dan seterusnya, menulis dengan cara yang logik supaya isi-isi dan idea-idea ini dapat dikomunikasikan dengan baik.
  • Oleh sebab jawapannya yang amat terbuka, yang mengandungi isi-isi, idea-idea dan kreativiti tertentu, maka pembina item bentuk ini perlu menyediakan skema/ peraturan pemarkahan yang jelas, terperinci dan menyeluruh, agar penilaian pencapaian pelajar dapat dibuat sewajarnya.
  • Walaupun item berjawapan terbuka ini sukar dijawab dan juga diperiksa, ia mempunyai kekuatan tersendiri, iaitu dapat menggalakkan pelajar:
i. menerokai pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah;
ii. membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat;
iii. mempamerkan sesuatu idea yang asli mereka;
iv. mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat; dan
v. mengenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk komunikasi bertulis

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

MINGGU 3

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

  • Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.
  • Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknyamewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan.
  • Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.
  • Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian.
  • Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu.
  • Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980).
  • Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.
  • Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
  • Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.
  • Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.
Langkah Pembinaan JSU:

Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu:
(1) mengkaji sukatan pelajaran,
(2) menganalisis objektif pengajaran,
(3) menentukan jenis soalan, dan
(4) menentukan bilangan soalan.

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina.
Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya.
Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
  1. skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;
  2. pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;
  3. kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;
  4. kompleksiti sesuatu tajuk; dan
  5. masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran

  • Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.
  • Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini.
  • Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina.
Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina.
Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu:

i. Paksi Kandungan
ii.Paksi Objektif Pengajaran

Kandungan Pengetahuan
• Tajuk
• Tajuk kecil
Objektif Kognitif

Kandungan Kemahiran
• Tajuk
• Tajuk kecil
Objektif Psikomotor

Kandungan Afek/Perasaan
• Tajuk
• Tajuk kecil
Objektif Afektif

  • Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan, yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan

  • Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.
  • Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”.
  • Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
4. Menentukan Bilangan Soalan

  • Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.
  • Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.
  • Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.
  • Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.
  • Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
Kepentingan JSU:

JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan Pembina item/soalan ujian. Antara kepentingannya ialah:

  • kertas ujian dapat digubal secara sistematik;
  • kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
  • taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
  • ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan
  • aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain.
LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN:

Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu menyediakan JPU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item ujian, dan membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

1. Menyediakan JSU
  • Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.
  • Tujuan utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan.
  • Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang kita ingin pelajarpelajar kita kuasai.
  • Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan yang akan digunakan.
  • Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik.
  • Sekiranya kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum, misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih sesuai daripada soalan objektif.
  • Seterusnya, jika pelajar dikehendaki mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.
2. Menulis Item Ujian
  • Sebaik sahaja anda siap menyediakan JSU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis item-item ujian.
  • Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betul-salah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei (essay item), terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini.
Prinsip-prinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut.

a. Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar, misalnya, “Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut dengan satu perkataan sahaja”.
b. Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.
c. Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/ kepintaran am.
d. Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada kalanya kita meminta mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahan menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar.
e. Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.


3. Menyemak Item Ujian

  • Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
a. Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami pelajar.
b. Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.
c. Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran.
d. Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.

4. Menilai Item Ujian:
  • Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran.
  • Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa yang disebut di atas, iaitu:
a. Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami pelajar.
b. Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.
c. Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.
d. Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item
  • Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya, kajian rintis dibuat terhadap keseluruhan item/kertas ujian.
  • Kajian rintis di sini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada pelajar yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran.
  • Biasanya, kajian rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian.
  • Bagaimanapun, kajian rintis perlu dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank soalan.
  • Kajian rintis begini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
a. Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidak ada kesilapan ejaan/istilah yang digunakan.
b. Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.
c. Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar guru dan tidak ada soalan yang “terkeluar” daripada kandungan tersebut.
d. Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendak soalan.

TAKSONOMI DAN DOMAINNYA

MINGGU 2

TAKSONOMI DAN DOMAINNYA

  • Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]
  • Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
  • Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.

Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu :-

  1. Domain Kognitif
  2. Domain Afektif
  3. Domain Psikomotor
  4. Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
  5. Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
  6. Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.


DOMAIN KOGNITIF

  • Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
  • Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
  • Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
  • Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.


APA ITU TAKSONOMI BLOOM?

  • Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
  • Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
  • Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.


ARAS TAKSONOMI BLOOM

  1. Pengetahuan
  2. Kefahama
  3. Aplikasi

4- Analisis
5- Sintesis
6- Penilaian


PENGETAHUAN

* Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.

* Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.

KEFAHAMAN

* Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

* Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.

APLIKASI

* Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

* Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.

ANALISIS

* Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.

* Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

SINTESIS

* Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.

* Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

PENILAIAN

* Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

DOMAIN KOGNITIF BLOOM

KONSTRUK

Definisi:

* Konstruk ialah perkara yang hendak ditaksir, merupakan dimensi manusia yang berbentuk konkrit seperti tinggi dan berat atau yang berbentuk abstrak seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, yang cuba dibangunkan atau diperkembangkan melalui hasil pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

* Kontruk mesti dikenalpasti berdasarkan dokumen kurikulum.

* Konstruk yang ditaksir boleh dikategorikan sebagai :

1. Pengetahuan,

contoh: fakta,prinsip,teori,kriteria,terminologi, peraturan dan kaedah.

2. Kemahiran,

contoh: Kemahiran intelektual, mengorganisasi, menyelesaikan masalah, mengaplikasi dan menyiasat serta amali.

3. Nilai,

contoh: Bertanggungjawab, menghargai, bersistem, bekerjasama, akauntabiliti, dan berkeyakinan

KOGNITIF DAN PENINGKATANNYA

* Kompenen kognitif yang melibatkan proses mental yang berkait rapat dengan kepintaran akal, kebolehan numerik am, kemahiran verbal, kemahiran menaakul, kemahiran menyelesaikan masalah adalah sebahagian daripada beberapa perkara yang lazimnya dikaitkan dengan kognitif.

* Proses mental ini boleh dibahagikan kepada dua yang asas iaitu pengetahuan dan kemahiran.

* Bloom bersama-sama rakan-rakannya membahagikan kebolehan kognitif kepada enam peringkat iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

1.0 PENGETAHUAN

* Pengetahuan berasal daripada pengalaman, pemerhatian yang diterima secara terus atau melalui pembacaan dan diberitahu oleh seseorang lain merupakan cebisan maklumat dan menjadi sebahagian daripada struktur pengetahuan dalam mental seseorang.

* Jika pengetahuan ini disimpan dalam ingatan tanpa sebarang pemikiran lanjut, ia akan kekal sebagai maklumat yang paling sedikit kegunaannya kepada kita.

* Maklumat ini boleh dikeluarkan semula dalam bentuk asal apabila disoal semula menggunakan item atau tugasan yang berbentuk recall.

* Pengetahuan bermaksud mengingati semula perkara yang telah dipelajari, mengingati fakta-fakta spesifik hingga teori-teori yang sukar dan merupakan hasil pembelajaran yang rendah dalam aras kognitif.

1.1 Komponen Pengetahuan

* Pengetahuan boleh dibahagikan kepada beberapa komponen kecil iaitu:


1.1.1 Pengetahuan tentang terminologi
1.1.2 Pengetahuan tentang fakta
1.1.3 Pengetahuan tentang kelaziman/konvensyen
1.1.4 Pengetahuan tentang urutan
1.1.5 Pengetahuan tentang pengkelasan
1.1.6 Pengetahuan tentang kriteria
1.1.7 Pengetahuan tentang metodologi/kaedah
1.1.8 Pengetahuan tentang prinsip dan generalisasi
1.1.9 Pengetahuan tentang teori dan struktur

2.0 KEFAHAMAN

* Kefahaman ialah kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan atau memperihalkan tentang implikasi terhadap pengetahuan tersebut.

* Kefahaman dibahagikan kepada tiga kemahiran kognitif, iaitu penterjemahan, interpretasi dan ekstrapolasi.

2.1Penterjemahan

* Penterjemahan ialah kebolehan menyatakan suatu konsep yang diketahui dengan menggunakan perkataan atau simbol yang lain.

* Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman di peringkat penterjemahan ialah :


2.1.1 Menterjemah secara literasi dari satu bahasa ke bahasa yang lain.
2.1.2 Menukar dari bentuk simbol kepada bentuk verbal, atau sebaliknya
2.1.3 Membaca Al-Quran
2.1.4 Membaca skor muzik

2.2 Interpretasi

* Interpretasi ialah kebolehan menghubungkait bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain (verbal atau grafik) dengan mengekalkan makna set komunikasi itu.

* Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman diperingkat interpretasi ialah :

2.2.1 Menyatakan suatu pernyataan, peristiwa lalu atau konsep dengan menggunakan olahan bahasa yang tersendiri, mengubah susun atur konteks asalnya atau meringkaskannya tanpa mengubah makna tujuan asalnya.

2.2.2 Menginterpretasi graf, carta, peta jadual, kartun ke bentuk verbal atau sebaliknya.

2.2.3 Memperjelaskan maksud perkataan dengan konteks penggunaannya dalam suatu puisi.

2.3 Ekstrapolasi:

* Ekstrapolasi ialah kemahiran yang melibatkan interpretasi tetapi hanya melampaui maklumat yang terdapat dalam set komunikasi berkenaan.

* Kemahiran ini menghasilkan ramalan, inferens atau anggaran berdasarkan pemerhatian, pengalaman, corak, trend atau suatu urutan berkala.

* Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman di peringkat ekstrapolasi ialah :

2.3.1 Membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian, pengetahuan dan pengalaman.

2.3.2 Membuat ramalan berdasarkan set data atau graf

2.3.3 Membuat jangkaan berdasarkan sebab dan tindakan dalam suatu set komunikasi.

3.0 APLIKASI

* Aplikasi ialah kebolehan menggunakan prinsip dan generalisasi pada satu masalah dan situasi baru.

* Masalah dan situasi baru membawa maksud masalah dan situasi itu hampir sebahgiannya baru kepada murid.

* Ia mungkin kelihatan serupa seperti yang pernah mereka selesaikan tetapi mengandungi sedikit elemen yang bersifat baru dan di luar kebiasaan pelajar, di mana pelajar tidak dapat menyelesaikan hanya dengan mengingat semula penyelesaian yang pernah dilakukan.

* Ia tidak mempunyai elemen yang baru jika hanya menukar nama dan angka dalam masalah itu.

* Idea, konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan sebagainya yang telah dipelajari perlu digunakan dalam masalah dan situasi baru itu.

* Tingkah laku pelajar semasa menjawab soalan berbentuk aplikasi biasanya melakukan perkara berikut :


3.1.1 Mengenal pasti tugasan soalan dengan;
3.1.2 Menentukan apakah yang diberi dan apakah yang diperlukan.
3.1.3 Mengenepikan perkara yang tidak berkaitan.
3.1.4 Menyusun semula dalam bentuk atau corak yang mudah diselesaikan.

Mengingat semula prinsip atau generalisasi yang berkaitan digunakan untuk
melakukan penyelesaian masalah. Antara aktiviti yang melibatkan aplikasi prinsip dan generalisasi dalam penyelesaian masalah ialah:


3.3.1 Kebolehan mengenalpasti prinsip atau generalisasi yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru.


3.3.2 Menentukan had lingkungan suatu prinsip atau generalisasi itu sesuai digunakan.


3.3.3 Mengenalpasti pengecualian tentang suatu generalisasi untuk menyelesaikan masalah.


3.3.4 Menerangkan suatu fenomena yang baru menggunakan suatu prinsip atau generalisasi


3.3.5 Meramal apa yang berlaku dengan menggunakan prinsip atau generalisasi yang berkenaan.


3.3.6 Memberi justifikasi terhadap suatu tindakan atau keputusan dalam masalah yang baru dengan menggunakan prinsip atau generalisasi yang berkenaan.


4.0 ANALISIS

* Analisis ialah kebolehan memisahkan suatu set komunikasi kepada elemen atau bahagian-bahagiannya sehingga suatu bentuk pertalian antara elemen-elemen atau bahagian-bahgian yang membina set komunikasi itu dapat dilihat dengan jelas.

* Bloom bersama rakan-rakannya membahagikan kemahiran menganalisis kepada tiga peringkat, iaitu analisis elemen, analisis perkaitan dan analisis organisasi elemen ialah:

4.1 Analisis Elemen:

* Analisis elemen ialah kemahiran mengenalpasti perkara pokok yang terdapat dalam suatu set komunikasi, seperti anggapan, pandangan sifat, fungsi, nilai dan sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis elemen ialah :

4.1.1 Mengecam dan mengenalpasti fakta daripada pernyataan set komunikasi

itu.
4.1.2 Mengecam kesimpulan daripada pernyataan yang menyokongnya.
4.1.3 Mengenalpasti anggapan yang tidak dinyatakan eksplisit dalam set

komunikasi itu.
4.1.4 Mengenalpasti motif dalam sesuatu lukisan.

4.2 Analisa Perkaitan:

* Analisa perkaitan ialah kemahiran memperlihatkan saling kaitan antara elemen atau bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi seperti perkaitan hipotesis dengan pemerhatian, anggapan dengan hujah, sebab dengan akibat dan sebagainya.

* Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis perkaitan ialah :


4.2.1 Mengenalpasti perkaitan hujah dengan kesimpulan.
4.2.2 Menentukan keserasian hipotesis dengan maklumat yang diberi dan

anggapan yang dibuat.
4.2.3 Mengenalpasti suatu perkara yang releven dengan suatu penilaian.
4.2.4 Menganalisis perkaitan sebab dan akibat dalam suatu peristiwa bersejarah.
4.2.5 Mengenalpasti perkaitan sebab dan kesan fenomenaekonomi.

4.3 Analisa Organisasi:

* Analisa organisasi ialah kemahiran mengenalpasti susunan yang sistematik, perkaitan mengikut urutan, struktur dan sebagainya yang mengorgansasikan suatu set komunikasi.

* Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis organisasi ialah :


4.3.1 Mengenalpasti tujuan, pendapat, prinsip, perasaan dan sebagainya dalam

suatu set komunikasi.
4.3.2 Mengenalpasti tone, mood atau motif dalam lukisan.
4.3.3 Mengenalpasti bentuk dan corak.
4.3.4 Mengenalpasti sikap bias dalam suatu penulisan pertimbangan
4.3.5 Mengenalpasti pendekatan yang dilakukan dalam suatu penyiasatan sains.

5.0 SINTESIS

* Sintesis ialah kemahiran yang menggabungkan elemen-elemen dan bahagian-bahagian untuk membentuk suatu set komunikasi.

* Ianya melibatkan proses menyusun dan menggabungkan sesuatu untuk membentuk suatu struktur persembahan atau corak yang tidak jelas sebelumnya.

* Berbanding dengan aras kebolehan kognitif sebelumnya, kemahiran mengsintesis lebih bersifat pemikiran mencapah dan kreatif di mana jawapan atau persembahan pelajar agak bebas dan unik.

* Bloom bersama rakan-rakannya membahagikan kemahiran mensintesis kepada tiga peringkat, iaitu penghasilan set komunikasi yang unik, penghasilan cadangan suatu set operasi dan penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak.

5.1Penghasilan Set Komunikasi Yang Unik

* Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran untuk menghasilkan suatu produk bebas seperti lukisan, tulisan, idea, eksperimen atau sebagainya.

* Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan set komunikasi yang unik ialah :


5.1.1 Mengemukakan idea melalui penulisan atau ucapan dengan organisasi

yang baik.
5.1.2 Menulis cerita, karangan, cerpen atau puisi.
5.1.3 Melukis dan membina bahan grafik.
5.1.4 Mencipta lagu.

5.2 Penghasilan Cadangan Suatu Set Operasi

* Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan penghasilan suatu pelan kerja atau cadangan untuk melakukan suatu aktiviti terancang.

* Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan cadangan suatu set operasi ialah :


5.2.1 Membuat cadangan tentang prosedur untuk menguji hipotesis.
5.2.2 Merekabentuk bangunan berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan.

5.3 Penghasilan Suatu Set Pertalian Perkara-perkara Abstrak

* Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan pembinaan suatu perumusan bagi suatu set perkara yang abstrak untuk menerangkan suatu set data atau fenomena.

* Antara akiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak ialah :


5.3.1 Membina hipotesis berdasarkan data atau pemerhatian yang ada.
5.3.2 Menghasilkan penemuan matematik daripada pengolahan dan perumusan

maklumat matematik.
5.3.3 Membina suatu kaedah penyelesaian dengan mengorganisasikan

pengalaman.

6.0 PENILAIAN

* Penilaian ialah kemahiran intelek yang paling tinggi dalam taksonomi bloom.

* Penilaian ialah kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kaedah yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan tentang sesuatu nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur, produk dan sebagainya.

* Bloom dan rakan-rakannya membahagikan kebolehan untuk membuat penialaian kepada 2 peringkat iaitu penialain berdasarkan eviden dalaman dan penilaian berdasarkan eviden luaran.

6.1 Penilaian Berdasarkan Eviden Dalaman:

* Peringkat ini ialah kemahiran membuat pertimbangan dengan menggunakan maklumat di dalam suatu set komunikasi.

* Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menilai berdasarkan eviden dalaman ialah:

6.1.1 Mengenalpasti ketepatan, kecukup cakupan, dan kerelevanan data.
6.1.2 Mengenalpasti sama ada data, metodologi dan perbincangan menyokong

suatu dapatan atau kesimpulan yang dibuat.
6.1.3 Mengenalpasti sifat bias dan beremosi dalam suatu persembahan.
6.1.4 Mengenalpasti ketepatan dan kebolehpercayaan pelaporan suatu

pemerhatian tentang fenomena alam.

6.2 Penilaian Berdasarkan Eviden Luaran

* Peringkat ini ialah kemahiran membuat pertimbangan ke atas suatu hasil kerja kriteria yang piawai yang dirumus oleh individu yang mahir dalam bidang berkenaan.

* Antara aktiviti yang melibatan kemahiran menilai berdasarkan eviden luaran ialah :


6.2.1 Menilai kualiti hasil persembahan seni berdasarkan suatu bench mark.
6.2.2 Menilai suatu hasil kerja ketukangan berdasarkan satu bench mark.

KATA TUGAS

> Bilangan
> Kata Tugas
> Maksud

1 Analisiskan
Membuat pernyataan terperinci tentang sesuatu aspek atau perkara yang hendak dikimunikasikan

2 Anggarkan
Memberkan sesuatu sukatan yang dianggap sesuai dengan keadaan yang telah ditetapkan dengan menggunakan cirri-ciri suatu pengetahuan tertentu.

3 Bandingkan
Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara.

4 Bezakan
Menyatakan perbezaan antara dua atau lebih perkara.

5 Binakan
>> Membuat sesuatu menggunakan kaedah tertentu.

6 Bincangkan
>> Memberikan pandangan dengan pertimbangan perkara positif atau negatif.

7 Cadangkan
>> Memberikan pandangan dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif.

8 Hitungkan
>> Memberikan jawapan dengan kaedah pengiraan.

9 Hubungkaitkan
>> Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri atau faktor.

10 Ilustrasikan
>> Menjelaskan dengan contoh sebagai gambar rajah.

11 Interprestasi
>> Memberikan maklumat atau makna lain bagi sesuatu komunikasi.

12 Kelaskan
>> Mengumpulkan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kriteria atau ciri tertentu.

13 Kenalpastikan
>> Memberikan petunjuk atau makluman terhadap sesuatu benda atau pernyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas

14 Labelkan
>> Menandakan atau memberikan panggilan spesifik terhadap sesuatu rujukan pada rajah, graf, carta, ilustrasi, dan sebagainya

15 Lakarkan
>> Melukiskan gambar rajah secara kasar dan tidak memerlukan perincian.

16 Lukiskan
>> Memberikan persembahan berbentuk grafik bagi menggambarkan sesuatu benda atau perkara.

17 Membuat hipotesis
>> Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji tentang kesahehannya.

18 Mewajarkan
>> Membuat pertimbangan terhadap sesuatu dengan mengambil kira kebaikan dan keburukan.

19 Namakan
>> Memberikan panggilan yang spesifik terhadap sesuatu benda,istilah atau terminologi

20 Nyatakan
>> Memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjutan.

21Organisasikan
>> Membuat sesuatu berdasrkan apa yang dirancang.

22 Pamerkan
>> Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan sesuatu perkara.

23 Ramalkan
>> Memberikan sesuatu nilai yang dijangkakan berdasarkan pola atau corak tertentu.

24 Reka bentukkan
>> Membuat garis kasar, pelan tindakan dan melaksanakan sebagaimana perancangan

25 Ringkaskan

>> Memberi penerangan yang lebih padat daripada pernyataan asalnya dengan mengekalkan kandungan utamapernyataan itu.

26 Rumuskan
>> Membuat sesuatu perubahan dengan menggunakan kaedah atau prinsip tertentu

27 Selesaikan
>> Membuat sesuatu keputusan untuk mengatasi sesuatu masalah.

28 Senaraikan
>> Memberikan beberapa fakta,ciri,konsep,prinsip,teori dan sebagainya secara spesifik tanpa ada hubungan, perkaitan atau penerangan lanjutan bagi setiap satunya.

29 Susunkan
>> Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedah dan prinsip tertentu.

30 Takrifkan /Definasikan
>> Memberikan keterangan yang ringkas tetapi jelas makna sesuatu perkataan khusus, istilah atau termonologi

31 Tentukan
>> Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa perkara sebagai asas pertimbangan

32 Terjemahkan
>> Menukarkan suatu bentuk komunikasi kepada suatu bentuk komunikasi yang lain tanpa mengubah dan memperihalkan makna komunikasi tersebut.

33 Tukarkan bentuk
>> Memberikan persembahan satu set komunikasi kepada suatu bentuk lain yang lazim

34 Ubahsuaikan
>> Membuat sesuatu perubahan dengan menggunakan kaedah dan prinsip tertentu

APA ITU TAKSONOMI KRATHWOHL?

* Diasaskan oleh, David R. Krathwohl

* Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.

* Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.

* Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

PENERIMAAN

* Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.

* Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.

* Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

* Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

GERAK BALAS

* Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.

* Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

MENILAI

* Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.

* Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI

* Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.

* Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.

* Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.