Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.
Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknyamewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan.
Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.
Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian.
Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu.
Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980).
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.
Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.
Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.
Langkah Pembinaan JSU:
Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu: (1) mengkaji sukatan pelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3) menentukan jenis soalan, dan (4) menentukan bilangan soalan.
1. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;
pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;
kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;
kompleksiti sesuatu tajuk; dan
masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.
2. Menganalisis Objektif Pengajaran
Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.
Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini.
Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina.
Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama, iaitu:
i. Paksi Kandungan ii.Paksi Objektif Pengajaran
Kandungan Pengetahuan • Tajuk • Tajuk kecil Objektif Kognitif
Kandungan Kemahiran • Tajuk • Tajuk kecil Objektif Psikomotor
Kandungan Afek/Perasaan • Tajuk • Tajuk kecil Objektif Afektif
Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan, yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.
3. Menentukan Jenis Soalan
Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.
Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat”.
Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
4. Menentukan Bilangan Soalan
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.
Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.
Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut.
Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.
Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian.
Kepentingan JSU:
JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan Pembina item/soalan ujian. Antara kepentingannya ialah:
kertas ujian dapat digubal secara sistematik;
kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan
aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain.
LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN:
Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu menyediakan JPU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item ujian, dan membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.
1. Menyediakan JSU
Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.
Tujuan utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan.
Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang kita ingin pelajarpelajar kita kuasai.
Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan yang akan digunakan.
Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik.
Sekiranya kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan kaum, misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih sesuai daripada soalan objektif.
Seterusnya, jika pelajar dikehendaki mengingat tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.
2. Menulis Item Ujian
Sebaik sahaja anda siap menyediakan JSU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis item-item ujian.
Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betul-salah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei (essay item), terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini.
Prinsip-prinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut.
a. Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar, misalnya, “Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut dengan satu perkataan sahaja”. b. Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan. c. Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/ kepintaran am. d. Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada kalanya kita meminta mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahan menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar. e. Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.
3. Menyemak Item Ujian
Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
a. Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami pelajar. b. Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi. c. Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran. d. Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.
4. Menilai Item Ujian:
Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran.
Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa yang disebut di atas, iaitu:
a. Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami pelajar. b. Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya. c. Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan. d. Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.
5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item
Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya, kajian rintis dibuat terhadap keseluruhan item/kertas ujian.
Kajian rintis di sini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada pelajar yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran.
Biasanya, kajian rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian.
Bagaimanapun, kajian rintis perlu dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank soalan.
Kajian rintis begini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
a. Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidak ada kesilapan ejaan/istilah yang digunakan. b. Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya. c. Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar guru dan tidak ada soalan yang “terkeluar” daripada kandungan tersebut. d. Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendak soalan.
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]
Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu :-
Domain Kognitif
Domain Afektif
Domain Psikomotor
Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
DOMAIN KOGNITIF
Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.
APA ITU TAKSONOMI BLOOM?
Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
ARAS TAKSONOMI BLOOM
Pengetahuan
Kefahama
Aplikasi
4- Analisis
5- Sintesis
6- Penilaian
PENGETAHUAN
Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.
Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
KEFAHAMAN
Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
APLIKASI
Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.
ANALISIS
Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.
SINTESIS
Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.
PENILAIAN
Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.
Konstruk ialah perkara yang hendak ditaksir, merupakan dimensi manusia yang berbentuk konkrit seperti tinggi dan berat atau yang berbentuk abstrak seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, yang cuba dibangunkan atau diperkembangkan melalui hasil pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Kontruk mesti dikenalpasti berdasarkan dokumen kurikulum.
Konstruk yang ditaksir boleh dikategorikan sebagai :
1.Pengetahuan,
contoh: fakta,prinsip,teori,kriteria,terminologi, peraturan dan kaedah.
2.Kemahiran,
contoh: Kemahiran intelektual, mengorganisasi, menyelesaikan masalah, mengaplikasi dan menyiasat serta amali.
3.Nilai,
contoh: Bertanggungjawab, menghargai, bersistem, bekerjasama, akauntabiliti, dan berkeyakinan
KOGNITIF DAN PENINGKATANNYA
Kompenen kognitif yang melibatkan proses mental yang berkait rapat dengan kepintaran akal, kebolehan numerik am, kemahiran verbal, kemahiran menaakul, kemahiran menyelesaikan masalah adalah sebahagian daripada beberapa perkara yang lazimnya dikaitkan dengan kognitif.
Proses mental ini boleh dibahagikan kepada dua yang asas iaitu pengetahuan dan kemahiran.
Bloom bersama-sama rakan-rakannya membahagikan kebolehan kognitif kepada enam peringkat iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
1.0 PENGETAHUAN
Pengetahuan berasal daripada pengalaman, pemerhatian yang diterima secara terus atau melalui pembacaan dan diberitahu oleh seseorang lain merupakan cebisan maklumat dan menjadi sebahagian daripada struktur pengetahuan dalam mental seseorang.
Jika pengetahuan ini disimpan dalam ingatan tanpa sebarang pemikiran lanjut, ia akan kekal sebagai maklumat yang paling sedikit kegunaannya kepada kita.
Maklumat ini boleh dikeluarkan semula dalam bentuk asal apabila disoal semula menggunakan item atau tugasan yang berbentuk recall.
Pengetahuan bermaksud mengingati semula perkara yang telah dipelajari, mengingati fakta-fakta spesifik hingga teori-teori yang sukar dan merupakan hasil pembelajaran yang rendah dalam aras kognitif.
1.1Komponen Pengetahuan
Pengetahuan boleh dibahagikan kepada beberapa komponen kecil iaitu:
1.1.1 Pengetahuan tentang terminologi
1.1.2 Pengetahuan tentang fakta
1.1.3 Pengetahuan tentang kelaziman/konvensyen
1.1.4 Pengetahuan tentang urutan
1.1.5 Pengetahuan tentang pengkelasan
1.1.6 Pengetahuan tentang kriteria
1.1.7 Pengetahuan tentang metodologi/kaedah
1.1.8 Pengetahuan tentang prinsip dan generalisasi
1.1.9 Pengetahuan tentang teori dan struktur
2.0 KEFAHAMAN
Kefahaman ialah kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan atau memperihalkan tentang implikasi terhadap pengetahuan tersebut.
Kefahaman dibahagikan kepada tiga kemahiran kognitif, iaitu penterjemahan, interpretasi dan ekstrapolasi.
2.1Penterjemahan
Penterjemahan ialah kebolehan menyatakan suatu konsep yang diketahui dengan menggunakan perkataan atau simbol yang lain.
Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman di peringkat penterjemahan ialah :
2.1.1 Menterjemah secara literasi dari satu bahasa ke bahasa yang lain.
2.1.2 Menukar dari bentuk simbol kepada bentuk verbal, atau sebaliknya
2.1.3 Membaca Al-Quran
2.1.4 Membaca skor muzik
2.2 Interpretasi
Interpretasi ialah kebolehan menghubungkait bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain (verbal atau grafik) dengan mengekalkan makna set komunikasi itu.
Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman diperingkat interpretasi ialah :
2.2.1Menyatakan suatu pernyataan, peristiwa lalu atau konsep dengan menggunakan olahan bahasa yang tersendiri, mengubah susun atur konteks asalnya atau meringkaskannya tanpa mengubah makna tujuan asalnya.
2.2.2Menginterpretasi graf, carta, peta jadual, kartun ke bentuk verbal atau sebaliknya.
2.2.3Memperjelaskan maksud perkataan dengan konteks penggunaannya dalam suatu puisi.
2.3Ekstrapolasi:
Ekstrapolasi ialah kemahiran yang melibatkan interpretasi tetapi hanya melampaui maklumat yang terdapat dalam set komunikasi berkenaan.
Kemahiran ini menghasilkan ramalan, inferens atau anggaran berdasarkan pemerhatian, pengalaman, corak, trend atau suatu urutan berkala.
Antara aktiviti yang melibatkan kefahaman di peringkat ekstrapolasi ialah :
2.3.1Membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian, pengetahuan dan pengalaman.
2.3.2Membuat ramalan berdasarkan set data atau graf
2.3.3Membuat jangkaan berdasarkan sebab dan tindakan dalam suatu set komunikasi.
3.0APLIKASI
Aplikasi ialah kebolehan menggunakan prinsip dan generalisasi pada satu masalah dan situasi baru.
Masalah dan situasi baru membawa maksud masalah dan situasi itu hampir sebahgiannya baru kepada murid.
Ia mungkin kelihatan serupa seperti yang pernah mereka selesaikan tetapi mengandungi sedikit elemen yang bersifat baru dan di luar kebiasaan pelajar, di mana pelajar tidak dapat menyelesaikan hanya dengan mengingat semula penyelesaian yang pernah dilakukan.
Ia tidak mempunyai elemen yang baru jika hanya menukar nama dan angka dalam masalah itu.
Idea, konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan sebagainya yang telah dipelajari perlu digunakan dalam masalah dan situasi baru itu.
Tingkah laku pelajar semasa menjawab soalan berbentuk aplikasi biasanya melakukan perkara berikut :
3.1.1 Mengenal pasti tugasan soalan dengan;
3.1.2 Menentukan apakah yang diberi dan apakah yang diperlukan.
3.1.3 Mengenepikan perkara yang tidak berkaitan.
3.1.4 Menyusun semula dalam bentuk atau corak yang mudah diselesaikan.
Mengingat semula prinsip atau generalisasi yang berkaitan digunakan untuk
melakukan penyelesaian masalah. Antara aktiviti yang melibatkan aplikasi prinsip dan generalisasi dalam penyelesaian masalah ialah:
3.3.1 Kebolehan mengenalpasti prinsip atau generalisasi yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
3.3.2 Menentukan had lingkungan suatu prinsip atau generalisasi itu sesuai digunakan.
3.3.3 Mengenalpasti pengecualian tentang suatu generalisasi untuk menyelesaikan masalah.
3.3.4 Menerangkan suatu fenomena yang baru menggunakan suatu prinsip atau generalisasi
3.3.5 Meramal apa yang berlaku dengan menggunakan prinsip atau generalisasi yang berkenaan.
3.3.6 Memberi justifikasi terhadap suatu tindakan atau keputusan dalam masalah yang baru dengan menggunakan prinsip atau generalisasi yang berkenaan.
4.0 ANALISIS
Analisis ialah kebolehan memisahkan suatu set komunikasi kepada elemen atau bahagian-bahagiannya sehingga suatu bentuk pertalian antara elemen-elemen atau bahagian-bahgian yang membina set komunikasi itu dapat dilihat dengan jelas.
Bloom bersama rakan-rakannya membahagikan kemahiran menganalisis kepada tiga peringkat, iaitu analisis elemen, analisis perkaitan dan analisis organisasi elemen ialah:
4.1 Analisis Elemen:
Analisis elemen ialah kemahiran mengenalpasti perkara pokok yang terdapat dalam suatu set komunikasi, seperti anggapan, pandangan sifat, fungsi, nilai dan sebagainya. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis elemen ialah :
4.1.1 Mengecam dan mengenalpasti fakta daripada pernyataan set komunikasi
itu.
4.1.2 Mengecam kesimpulan daripada pernyataan yang menyokongnya.
4.1.3 Mengenalpasti anggapan yang tidak dinyatakan eksplisit dalam set
komunikasi itu.
4.1.4 Mengenalpasti motif dalam sesuatu lukisan.
4.2 Analisa Perkaitan:
Analisa perkaitan ialah kemahiran memperlihatkan saling kaitan antara elemen atau bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi seperti perkaitan hipotesis dengan pemerhatian, anggapan dengan hujah, sebab dengan akibat dan sebagainya.
Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis perkaitan ialah :
4.2.1 Mengenalpasti perkaitan hujah dengan kesimpulan.
4.2.2 Menentukan keserasian hipotesis dengan maklumat yang diberi dan
anggapan yang dibuat.
4.2.3 Mengenalpasti suatu perkara yang releven dengan suatu penilaian.
4.2.4 Menganalisis perkaitan sebab dan akibat dalam suatu peristiwa bersejarah.
4.2.5 Mengenalpasti perkaitan sebab dan kesan fenomenaekonomi.
4.3 Analisa Organisasi:
Analisa organisasi ialah kemahiran mengenalpasti susunan yang sistematik, perkaitan mengikut urutan, struktur dan sebagainya yang mengorgansasikan suatu set komunikasi.
Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menganalisis organisasi ialah :
4.3.1 Mengenalpasti tujuan, pendapat, prinsip, perasaan dan sebagainya dalam
suatu set komunikasi.
4.3.2 Mengenalpasti tone, mood atau motif dalam lukisan.
4.3.3 Mengenalpasti bentuk dan corak.
4.3.4 Mengenalpasti sikap bias dalam suatu penulisan pertimbangan
4.3.5 Mengenalpasti pendekatan yang dilakukan dalam suatu penyiasatan sains.
5.0 SINTESIS
Sintesis ialah kemahiran yang menggabungkan elemen-elemen dan bahagian-bahagian untuk membentuk suatu set komunikasi.
Ianya melibatkan proses menyusun dan menggabungkan sesuatu untuk membentuk suatu struktur persembahan atau corak yang tidak jelas sebelumnya.
Berbanding dengan aras kebolehan kognitif sebelumnya, kemahiran mengsintesis lebih bersifat pemikiran mencapah dan kreatif di mana jawapan atau persembahan pelajar agak bebas dan unik.
Bloom bersama rakan-rakannya membahagikan kemahiran mensintesis kepada tiga peringkat, iaitu penghasilan set komunikasi yang unik, penghasilan cadangan suatu set operasi dan penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak.
5.1Penghasilan Set Komunikasi Yang Unik
Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran untuk menghasilkan suatu produk bebas seperti lukisan, tulisan, idea, eksperimen atau sebagainya.
Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan set komunikasi yang unik ialah :
5.1.1 Mengemukakan idea melalui penulisan atau ucapan dengan organisasi
yang baik.
5.1.2 Menulis cerita, karangan, cerpen atau puisi.
5.1.3 Melukis dan membina bahan grafik.
5.1.4 Mencipta lagu.
5.2 Penghasilan Cadangan Suatu Set Operasi
Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan penghasilan suatu pelan kerja atau cadangan untuk melakukan suatu aktiviti terancang.
Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan cadangan suatu set operasi ialah :
5.2.1 Membuat cadangan tentang prosedur untuk menguji hipotesis.
5.2.2 Merekabentuk bangunan berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan.
5.3 Penghasilan Suatu Set Pertalian Perkara-perkara Abstrak
Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan pembinaan suatu perumusan bagi suatu set perkara yang abstrak untuk menerangkan suatu set data atau fenomena.
Antara akiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan suatu set pertalian perkara-perkara abstrak ialah :
5.3.1 Membina hipotesis berdasarkan data atau pemerhatian yang ada.
5.3.2 Menghasilkan penemuan matematik daripada pengolahan dan perumusan
maklumat matematik.
5.3.3 Membina suatu kaedah penyelesaian dengan mengorganisasikan
pengalaman.
6.0 PENILAIAN
Penilaian ialah kemahiran intelek yang paling tinggi dalam taksonomi bloom.
Penilaian ialah kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kaedah yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan tentang sesuatu nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur, produk dan sebagainya.
Bloom dan rakan-rakannya membahagikan kebolehan untuk membuat penialaian kepada 2 peringkat iaitu penialain berdasarkan eviden dalaman dan penilaian berdasarkan eviden luaran.
6.1 Penilaian Berdasarkan Eviden Dalaman:
Peringkat ini ialah kemahiran membuat pertimbangan dengan menggunakan maklumat di dalam suatu set komunikasi.
Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menilai berdasarkan eviden dalaman ialah:
6.1.1 Mengenalpasti ketepatan, kecukup cakupan, dan kerelevanan data.
6.1.2 Mengenalpasti sama ada data, metodologi dan perbincangan menyokong
suatu dapatan atau kesimpulan yang dibuat.
6.1.3 Mengenalpasti sifat bias dan beremosi dalam suatu persembahan.
6.1.4 Mengenalpasti ketepatan dan kebolehpercayaan pelaporan suatu
pemerhatian tentang fenomena alam.
6.2 Penilaian Berdasarkan Eviden Luaran
Peringkat ini ialah kemahiran membuat pertimbangan ke atas suatu hasil kerja kriteria yang piawai yang dirumus oleh individu yang mahir dalam bidang berkenaan.
Antara aktiviti yang melibatan kemahiran menilai berdasarkan eviden luaran ialah :
6.2.1 Menilai kualiti hasil persembahan seni berdasarkan suatu bench mark.
6.2.2 Menilai suatu hasil kerja ketukangan berdasarkan satu bench mark.
KATA TUGAS
> Bilangan
> Kata Tugas
> Maksud
1 Analisiskan
Membuat pernyataan terperinci tentang sesuatu aspek atau perkara yang hendak dikimunikasikan
2 Anggarkan Memberkan sesuatu sukatan yang dianggap sesuai dengan keadaan yang telah ditetapkan dengan menggunakan cirri-ciri suatu pengetahuan tertentu.
3 Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara.
4 Bezakan Menyatakan perbezaan antara dua atau lebih perkara.
5 Binakan
>> Membuat sesuatu menggunakan kaedah tertentu.
6 Bincangkan >> Memberikan pandangan dengan pertimbangan perkara positif atau negatif.
7 Cadangkan >> Memberikan pandangan dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif.
8 Hitungkan
>> Memberikan jawapan dengan kaedah pengiraan.
9 Hubungkaitkan >> Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri atau faktor.
10 Ilustrasikan >> Menjelaskan dengan contoh sebagai gambar rajah.
11 Interprestasi >> Memberikan maklumat atau makna lain bagi sesuatu komunikasi.
12 Kelaskan >> Mengumpulkan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kriteria atau ciri tertentu.
13 Kenalpastikan >> Memberikan petunjuk atau makluman terhadap sesuatu benda atau pernyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas
14 Labelkan >> Menandakan atau memberikan panggilan spesifik terhadap sesuatu rujukan pada rajah, graf, carta, ilustrasi, dan sebagainya
15 Lakarkan >> Melukiskan gambar rajah secara kasar dan tidak memerlukan perincian.
16 Lukiskan >> Memberikan persembahan berbentuk grafik bagi menggambarkan sesuatu benda atau perkara.
17 Membuat hipotesis >> Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji tentang kesahehannya.
18 Mewajarkan >> Membuat pertimbangan terhadap sesuatu dengan mengambil kira kebaikan dan keburukan.
19 Namakan
>> Memberikan panggilan yang spesifik terhadap sesuatu benda,istilah atau terminologi
20 Nyatakan >> Memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjutan.
21Organisasikan >> Membuat sesuatu berdasrkan apa yang dirancang.
22 Pamerkan >> Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan sesuatu perkara.
23 Ramalkan >> Memberikan sesuatu nilai yang dijangkakan berdasarkan pola atau corak tertentu.
24 Reka bentukkan >> Membuat garis kasar, pelan tindakan dan melaksanakan sebagaimana perancangan
25 Ringkaskan >> Memberi penerangan yang lebih padat daripada pernyataan asalnya dengan mengekalkan kandungan utamapernyataan itu.
26 Rumuskan >> Membuat sesuatu perubahan dengan menggunakan kaedah atau prinsip tertentu
27 Selesaikan >> Membuat sesuatu keputusan untuk mengatasi sesuatu masalah.
28 Senaraikan >> Memberikan beberapa fakta,ciri,konsep,prinsip,teori dan sebagainya secara spesifik tanpa ada hubungan, perkaitan atau penerangan lanjutan bagi setiap satunya.
29 Susunkan >> Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedah dan prinsip tertentu.
30 Takrifkan /Definasikan >> Memberikan keterangan yang ringkas tetapi jelas makna sesuatu perkataan khusus, istilah atau termonologi
31 Tentukan >> Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa perkara sebagai asas pertimbangan
32 Terjemahkan >> Menukarkan suatu bentuk komunikasi kepada suatu bentuk komunikasi yang lain tanpa mengubah dan memperihalkan makna komunikasi tersebut.
33 Tukarkan bentuk >> Memberikan persembahan satu set komunikasi kepada suatu bentuk lain yang lazim
34 Ubahsuaikan >> Membuat sesuatu perubahan dengan menggunakan kaedah dan prinsip tertentu
APA ITU TAKSONOMI KRATHWOHL?
Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.
PENERIMAAN
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian
GERAK BALAS
Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.
MENILAI
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
ORGANISASI
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.